SELAMAT DATANG KE BLOG INCEK AKIM

Aku menulis bile aku ade idea. Aku menulis bile aku rase perlu berkongsi. Aku menulis bile aku rase nak mengarang. Aku menulis bile aku rase ade mase lebih. Aku menulis untuk kepuasan diri sendiri, luahan dari hati, kupasan isu semasa, peringatan selepas terlupe, selagi ade daye. Kalau korang suke, boleh je nak copy paste. Sharing is kongsi. Kalau korang tak suke, aku okay je. Don't worry, be happy. Haha~



Kalau korang ada cadangan/kritikan, tulis je dalam ruang komen kat bawah tu. Tulis kat shoutbox pon boleh.
Kalau segan nak tinggalkan komen, korang boleh hantar emel kat aku; alang_hakim88[at]yahoo[dot]com[dot]my

Selasa, 31 Januari 2012

ANUGERAH LAGU NEGARA

Semalam ade AJL 26, Anugerah Juara Lagu ke-26. Apa macam? Lagu yang korang minat menang? Menang? Tahniah. Kalah? Padan muke. Korang dengan idola korang tu same je, loser. Loser among the winners, kire ok la tu kan? Chill la. Kalah menang adat pertandingan kan. Pusing la macam mane pon; kalah tetap kalah! Haha~

Actually, aku macam teringat rentetan peristiwa yang berlaku dalam dunia blogging last year (kot, kalau tak silap la). Hot topic zaman AJL tahun lepas; unsur-unsur Illuminati dalam AJL 25. Rase macam dah dekat 1 tahun kot aku tergelak sorang-sorang. Tiap kali aku terbace tentang penulisan teori konspirasi tu, aku jadi kagum. Kagum dengan kegigihan dan kesungguhan orang-orang kita yang bertungkus lumus bersusah payah berpenat lelah membanting tulang memerah otak mengasah minda memikirkan kat celah mane wujudnye bukti-bukti jarum-jarum halus Illuminati ni.

Nasib baik la ade video The Arrival kat Youtube dengan nota-nota dari bloggers yang rajin mengkaji dan berkongsi, boleh la dibuat rujukan tentang teori konspirasi tu. Ade orang yang lepas tengok sume video The Arrival, perasan macam dah cukup ilmu dalam dada, pastu bersepah penulisan tentang Illuminati dalam blog, heboh dok bersembang pasal teori konspirasi kat warung kopi. Tahniah. Anda wira negara. Tunggak harapan kami semua. Haha~

Berbalik kepada topik asal, AJL. Aku rase, kalau setakat nak kaji pasal jarum Illuminati dalam AJL tu, tak perlu la kot nak menonton video The Arrival sampai berjam-jam, bace pasal teori tu berjela-jela. Penat, buang mase. Benda dah terang lagi berhighlight, program tu sendiri je dah cukup melalaikan. Mesej dan motif program pon memang nampak sangat nak menggelapkan hati. Penonton bersorak sorai berhimpun berkerumun macam sardin. Penampilan artis apatah lagi. Tak nampak lagi? Nak bukti lagi?

Bile difikirkan balik, bukan salah diorang sebenarnye, pon bukan salah kite juge sebenar-benar kebenarannye. Artis-artis tu terpakse, kalau pon tak dipakse oleh pereka fesyen diorang untuk berpakaian sebegitu. Bukannye diorang nak pakai camtu sangat pon. Menyanyi, menari, mempersembahkan sebuah karya seni. Sebab komposer dan penulis lirik dah buat yang terbaik. Menjadi tanggungjawab artis tu la untuk memberi sebuah persembahan yang terbaik. Demi pengurus, demi komposer, demi pelirik, demi peminat, demi penonton, demi pendengar. Sekadar menjiwai watak, mungkin. Terimalah seadanya.

Mungkin kalau disediakan sofa single seat sorang satu, mungkin penonton tak perlu berasak-asak berdiri terpacak demi menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi kepada idola mereka yang kalah yang bertanding dalam AJL 26 tu. Tapi kalau sume pakat dok sopan atas kerusi, payah pulak. Nanti pihak penganjur terkeliru; ni program Anugerah Juara Lagu ke program Akademi Al-Quran? Pulak dah. Sebab tu la suasana hiruk pikuk terpekik terlolong melalak meraung tu "terpakse" diwujudkan. Supaya "suasana" kemeriahan pertandingan hiburan tu kelihatan. Itu motifnya, selain dari nak cut cost dan spacing. Semakin luas space, semakin ramai yang boleh masuk, semakin banyak tiket dijual, semakin tinggi keuntungan dikaut.

Asasnya, semua salah dunia Barat. Kalau produser diorang tak buat program nyanyi-nyanyi kat TV, produser Malaysia pon tak buat jugak la benda ngarot camtu. Kalau artis diorang takde fashion yang daring, artis Malaysia pon takde mase la nak membalut urat ni. Kalau komposer diorang tak tulis lagu yang membuai hati, komposer Malaysia pon tak hingin la nak tulis lagu yang memuja-muji sume tu. Kalau peminat diorang takde yang fanatik amat dengan artis pujaan kat sane, peminat kite pon tak hingin la nak terkinja-kinja dalam dewan tu. Barat memang celake. Celake sangat-sangat. Ini sume salah diorang. Kakak-kakak makcik-makcik yang bertudung litup selendang selimut bagai yang terikut-ikut menyanyi-nyanyi bait-bait lirik lagu tu pon sume sebab dunia Barat jugak la. Orang Malaysia tak pernah salah. Orang Melayu tak pernah salah. Sume salah orang-orang dari Barat sane tu. Merekalah punca kite jadi begini. Ptuih~

Dah 26 kali program ni dijalankan. Penambahbaikan senantiasa dilakukan saban waktu. Selagi peminat berminat, penonton menonton. Tetap penguasa membisu, mufti terkelu. Asal ada untung, jalan. Zahir; Anugerah Juara Lagu. Batin; Anugerah Juara Lagho. Terima kasih Malaysia!!!

JAWI? JAIS? JAKIM? Jajan? Jijah? Januari? Jahanam~

aku semakin jarang menulis. agak kemalasan. kesibukan dunia menghambat masa. perlukan pengurusan

4 Respon Korang:

  1. tapi bagus jugak ustaz azhar idrus buat ceramah masa tuh... at least ada alternatif kalau tak mau melaghokan diri malam ajl tu.. hehehe

    BalasPadam
  2. betol. cumenye, xkan nak harap camtu je? sampai bile? alternatif camtu, elok untuk jangka masa pendek. tapi berkesan ke untuk jangka masa panjang? soalnya, hati. hati yang mudah berbolak-balik. mungkin~

    BalasPadam
  3. Dah terbiasa hidup melagho... payah nak alih hati. Sebab kalu tgk dgn mata hati.. mmg nampak terang-terang benda alah tu membuatkan kita jauh dari syariat. tapi.... huhu... yang lagho la best kan.... hahahaha

    BalasPadam
  4. membazir letrik juge tk dilupekan. AJL actually mmg tk best pon. takat lagu na bg masuk b'tnding adiah puluh ribu cecah juta utk 1event cm tuh. sponsor berderet, time Akademi Al Quran ke, Imam muda ke, Ustazah pilihan ke, tkde plak sponsor na taje grand gitu gaye. hoho

    BalasPadam

Kalau aku ade salah silap, tolong tegur. Jangan biarkan aku terus hidup dalam kesilapan yang aku tak nampak.

Kalau segan nak bagi komen, boleh emel aku kat sini;
alang_hakim88[at]yahoo[dot]com[dot]my

Komen korang amat dihargai (walaupun aku tak letak tande harge kat komen korang tu. haha~)